Saturday 18 March 2017

Kontraktor Melayu

Assalamualaikum

Ahad ni macam biasa kenelah balik kampung sebab nak mengemas kayu kayu yang terbiar disebabkan oleh kontraktor melayu yang macam cilaka bila buat rumah..apa yang aku nak cakapkan ni kadang2 kesian pulak bila kontraktor melayu bersusah payah nak mencari projek tetapi bila dah dapat projek dia buat tahi pulak lepas tu boleh songlap duit yang owner bagi untuk buat projek..rasa mcm tak bersyukur plak kontraktor melayu..kang bila tak bagi projek kata xsayang bangsa sendiri tapi nilah jadi dia bila dah berlaku peristiwa ni sampai tahap lebih baik amik kontraktor cina walaupun kos mahal tapi keje dapat jalan baik ishh bersabar jelah...tp  xsemuanye kontraktor melayu berperangai mcm tu..ade yang ok tp kebanyakkan mcm golongan ni lah..harap2 perkara ni dapat jadi pengajaran selepas ni.

Cuti Sekolah bermula

Assalamualaikum

lama sungguh tak tulis dalam blog ni hampir 5 tahun jugak..oklah rasanye minggu ni dah start cuti sekolah..tentulah ramai yang buat kenduri kahwin..especially kali ni ramai plak junior ngan senior aku zaman ipta dan ipts yang kahwin jadi tahniahlah diucapkan..jadi aku plak macam mana dah nak masuk 26 tahun ni xkan xde calon kot???hahaha..weiweiwei nantilah dulu belum masa lagi insyaAllah dah sampai jodoh nnti dapatlah kad kawin..banyak keje lagi nak dibuat hahaha..oklah nnti jumpe lagi untuk entri seterusnye.byebyebye

Wednesday 7 December 2011

Kenangan LI




Assalam semua,lama sungguh saya tidak update blog ni,busy katakan hahaha.oklah hari ini saya syukur sangat sebab berjaya menamatkan Latihan Industri saya kat Telekom Malaysia Negeri Sembilan,banyak kenangan dan pengalaman yang saya dapat sekali gus mengajar saya macamana kesusahan ketika mencari rezeki,fuh letih juga beb tak kira waktu pejabat bekerja semua saya dapat ketika menjalani latihan tetapi apa yang penting iaitu saya pengalaman berharga yang tidak pernah saya dapat sepanjang hidup ini dan apapun saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan Telekom Malaysia Negeri Sembilan atas bimbingan dan tunjuk ajar yang di berikan,tidak akan saya lupakan.oklah sampai sini saja entry saya,sekarang tengah bersemangat untuk meneruskan perjuangan Semester 5 Politeknik Nilai Negeri Sembilan,semoga berjumpa lagi,wassalam.

Saturday 25 June 2011

8 Tip Latihan Praktikal Berkesan


Tips ini aku cedok dari majalah.... memandangkan ramai adik2 kita yg tgh praktikal terasuklah diea bezbuddy, maka marilah kita kongsikan tips ini.. mmg ada kebenarannya berdasarkan pengalaman aku yg penah praktikal lebih kurang 7 tahun lalu ahaks.. tuanya diriku ini.. jom baca

1 Fahami ciri-ciri pekerja yang dicari oleh organisasi 
Organisasi pekerjaan pastinya akan ‘tertambat’ hati dengan pelajar praktikal yang bermotivasi dan mempamerkan sikap ‘go-getter’. Perlu diingat majikan biasanya mahukan pelajar praktikal yang mengamalkan etika pekerjaan yang baik, cepat belajar dan faham serta boleh bekerja dengan pengawasan minimum dan boleh bekerjasama dalam suasana kerja berpasukan. Bukan sebagai ‘penumpang percuma’ yang melambatkan hasil pekerjaan. 

Kebanyakan Jabatan Sumber Manusia melaporkan bahawa adalah lebih mudah mengambil pekerja sepenuh masanya dari kalangan pelajar praktikal yang berjaya mempamerkan kemahiran kerja yang baik semasa menjalani latihan dahulu. Ia mampu menjimatkan kos latihan kerana pelajar itu sudah terlatih dan telah pun menerima pendedahan awal mengenai kehendak kerjaya..

2 Anggap latihan praktikal sebagai kerjaya sebenar 
Kikis tanggapan, “Ala...praktikal aja, suka-suka bukan ada gaji pun”. Sekiranya anda mempunyai persepsi begini anda sebenarnya telah merosakkan peluang untuk meraih ilmu dan mempelajari kemahiran baru di tempat latihan.Anda juga sedang mengecilkan potensi untuk diambil sebagai pekerja. Tunjukkan anda seorang yang berdispilin, menepati masa dan ‘deadline’ dan menghormati peraturan syarikat. 



3 Bersikap ramah dan sedia bertegur dengan semua kakitangan yang ditemui 
Kejayaan sebuah hubungan kerja banyak bergantung pada kemahiran komunikasi yang baik seiring dengan sikap kerja yang positif. Penyelia dan rakan sekerja dipertanggungjawabkan kadang kala terlalu sibuk menyiapkan projek dan ‘deadline’ yang perlu dikejar hingga kehadiran anda mungkin kurang diberi perhatian. Mereka juga mungkin tiada masa untuk membimbing atau memanfaatkan khidmat dan peranan anda disebabkan kesibukan masing-masing. 

Jadi pastikan anda mengambil inisiatif untuk memperkenalkan diri dan tonjolkan sikap ramah kepada sesiapa yang ditemui sama ada daripada peringkat bawahan hinggalah kepada CEO. Sikap pemalu tidak bertempat perlu dikikis , jangan sampai kehadiran anda tidak disedari pula. Bukankah senyum itu adalah sedekah di sisi Islam?

4 Jangan merungut dengan tugas remeh yang diberikan. 
Jika anda diberi tugas menyelaras fail, mencatat rekod, mengambil minit atau kerja-kerja pentadbiran, jangan merungut dan harus berdepan dengan realiti budaya kerja. Bersikap positif dan anggap ia salah satu kemahiran kerjaya. Buktikan anda boleh melakukan tugas itu dengan lebih baik dan teratur berbanding pekerja tetap yang bertanggungjawab melaksanakan tugas itu sebelum ini. Malah anda juga boleh mencadangkan idea-idea baru untuk menambah baik kerja-kerja tersebut. Siapa tahu idea anda itu bakal mengubah cara mereka bekerja? Jadi, berusaha bersikap ikhlas dan tunjukkan kecemerlangan dan kecekapan anda. Ini dapat membuka dan menarik perhatian penyelia untuk menyerahkan tanggungjawab yang lebih besar lagi.

5 Lupakan ‘facebook’,’ twitter’ atau ‘blogging’ 
Walaupun anda adalah dari generasi celik IT, elakkan merewang atau bergayut di alam maya ketika waktu pekerjaan, ia sama ibaratnya dengan tabiat suka bergayut di talian telefon bimbit lebih-lebih lagi lah menggunakan kemudahan pejabat. Mengatur temu janji hujung minggu di telefon bimbit pastinya mewujudkan tanggapan negatif pada penyelia dan kaki tangan Walaupun pada anda ia tidak mengganggu kerja anda tapi bagi penyelia ia boleh menjejaskan penilaian prestasi kerja apabila tamat latihan nanti.

6 Berpakaian kemas mengikut etika yang ditetapkan 
Kiranya latihan amali dan industri anda banyak membabitkan interaksi dengan pelanggan atau ‘client’ amalan etika pakaian yang rapi dan sesuai perlu diberi perhatian. Bergantung pada tuntutan ,kesesuaian dan fungsi kerja anda, berikan lah imej yang menunjukkan anda serius dan prihatin dengan imej diri dan syarikat.







7 Rajin bertanya dan cari mentor 
Ambil kesempatan untuk bertanya apa yang tidak difahami, anda pelajar,inilah masa untuk belajar. Kebanyakan majikan percaya pelajar yang rajin bertanya sangat berminat dan bermovitasi serta benar-benar ingin belajar apa sahaja mengenai kerja dan organisasi Usahakan mengenali dan mencari mentor yang anda kagumi dan wujudkan hubungan kerja yang mesra dan mantap dengannya.Mentor yang baik biasanya sedia berkongsi ilmu dan kepakaran dengan anak didiknya dan ingin lihat kamu berjaya dalam lapangan ini. Ia mungkin bos anda dan mungkin juga dari kalangan penyelia lain.

8 Susulan selepas kerjaya
 
Apabila anda latihan amali dan industri anda telah menghampiri pengakhirnya, jangan lupa memohon surat sokongan ‘recommendation’ daripada penyelia. Sentiasa berhubung bekas penyelia supaya anda boleh menghubunginya balik apabila anda memerlukan rujukan dalam ‘resume’ anda nanti . Tindakan ini juga akan menyebabkan ingatannya terhadap anda tidak luput kiranya ada ruang
 
di organisasi berkenaan.


Friday 27 May 2011

Ciri-ciri Pelajar Muslim Contoh

Institusi pendidikan diadakan kerana adanya pelajar manakala guru-guru menjalankan tugasnya untuk menyediakan manusia yang dapat membangunkan tanah air. Dengan itu perlu kita menunjukkan contoh yang baik kepada pelajar muslim sebagai ikutan kepada pelajar-pelajar yang lain. Begitu juga dengan pelajar perempuan kerana pelajar perempuan merupakanj sebahagian daripada masyarakat dan mempunyai peranannya yang penting dalam membentuk generasi dan menegakkan keluarga Islam bagi membina masyarakat dan Negara Islam.

Ciri-ciri Pelajar Muslim Contoh

1. Membetulkan niat. Di kalangan kebanyakan pelajar, tujuan belajar ialah untuk mendapatkan sijil yang dengannya ia boleh memegang jawatan dan dapat menyara hidup. Tetapi yang Islam kehendaki supaya niat ia belajar ialah untuk memberikan sumbangan terhadap Islam, Orang-orang Islam dan menegakkan negara Islam serta mengisi ruang kekosongan yang diperlukan oleh Islam kerana Islam menggalakkan kita supaya menuntut ilmu dan melaksanakan kewajipan menjadi khalifah di muka bumi dan memakmurkannya dengan kuasa-kuasa yang Allah sediakan di dalamnya.Niat yang begini akan menjadikan belajar itu salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah dan akan diberi pahala atas segala usaha, masa dan harta yang digunakan itu supaya pelajar mengetahui yang mengasas dan mencipta ilmu-ilmu ialah ulama Islam. Oleh itu kita perlu berusaha supaya dapat mengeluarkan ahli-ahli yang pakar di dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan.

2. Pelajar Muslim juga hendaklah membetulkan pandangannya kepada pelajaran dan ia bukan semata-mata penguasaan akal tentang maklumat-maklumat yang perlu dipenuhkan di dalam otak untuk menjawab di dalam peperiksaan di akhir tahun, tetapi yang dikehendaki ialah dapat menyediakan peribadi terpelajar yang membina ilmunya, boleh memberikan faedah kepada kehidupan manusia, dan ia hendaklah mengetahui tentang sejauh mana hubungan apa yang dipelajarinya dengan kehidupan. Pelajar Islam juga perlu tahu bahawa pendidikan akhlak adalah perlu didahulukan dari ilmu pengetahuan yang lain, dan di sana tidak ada yang lebih utama dari ajaran Islam dan adab-adabnya untuk melaksanakan pendidikan. Mereka juga hendaklah mengetahui adab-adab Islam dan ajaran-ajarannya dan memaksakan dirinya untuk mengetahuinya, membiasakan diri dengan sifat benar, amanah, menunaikan janji, berlemah lembut dan segala akhlak Islam dan menjauhkan diri dari akhlak yang dikeji. Dan yang paling nyata sekali ialah perkara yang mesti ditunaikannya terutamanya sembahyang, berbuat baik terhadap dua ibu bapa, berbaik-baik hubungan dengan keluarga dan kawan-kawannya.

3. Pelajar Muslim contoh hendaklah pandai memilih kawan dai kalangan kawan-kawannya. Ia seterusnya memilih kawan yang soleh dan tidak berkawan dengan orang yang jahat. Perhubungannya hendaklah sederhana dan dapat dikawal; jangan sampai membuang masa pelajarannya.
pelajar3

4. Ia juga pandai dalam memilih majalah-majalah untuk merehatkan fikirannya. Pilih yang bersih dan berfaedah dan jauhkan dari yang merosakkan dan dosa.

5. Ia hendaklah memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap pelajaran kerana masa umurnya yang begitu adalah umur untuk belajar dan membentuk peribadi. Masa itu hendaklah dihabiskannya dengan sebaik-baiknya untuk pelajarannya supaya selepas itu dia dapat menumpukan pula kewajipan-kewajipannya selepas belajar.

6. Urusan rumah, sekolah atau kuliah, di meja dan tempat tidur hendaklah teratur rapi. Tempat letak pakaian, buku-buku dan nota-nota kuliah mestilah teratur supaya tidak membuang masa untuk mencarinya bila diperlukan. Pelajar yang tidak sistematik akan menyebabkan pemikirannya juga tidak tenteram dan membuang masa dan tenaga untuk mencari alat-alat yang diperlukannya.

7. Masa hendaklah disusun dengan baik sama ada masa untuk belajar, mengulangkaji, tidur dan berusaha untuk mengikut waktu yang ditetapkan itu. Jangan tinggalkan masa itu dipengaruhi oleh keadaan dan urusan-urusan lain, alat sebaran dan lain-lain keadaan yang menghabiskan masa. Sembahyang hendaklah ditunaikan apabila masuk sahaja waktunya, kerana menunaikan sembahyang adalah sebagai memperbaharui tenaga dan memohon pertolongan dari Allah. Perlu diingatkan bahawa jangan gunakan waktu tidur untuk belajar dan waktu belajar untuk tidur. Ramai pelajar yang tidak mengambil berat terhadap pelajarannya di awal pelajaran dan masa di buang begitu sahaja, mereka menggantikan masa yang dibuangnya itu di akhir tahun dengan berjaga sepanjang malam. Ini adalah satu kesalahan yang besar bagi pelajar Muslim contoh dan patut dijauhinya. Waktunya hendaklah disusun sejak dari awal pembelajaran lagi secara sederhana kerana dengan secara paksa akan menyebabkan kegagalan.

8. Pelajar Muslim contoh hendaklah membiasakan diri dengan kebersihan dimulai dengan pembersihan dalaman, pembersihan hati dari dendam dan hasad, pemarah dan takabbur, terpedaya dan setiap yang dimurkai oleh Allah. Hatinya hendaklah dipenuhi dengan sifat taqwa, kasih saying, ikhlas, bersih hati, bertawadu’ dan setiap yang diredhai oleh Allah. Setelah itu hendaklah dijaga kebersihan badan, pakaian, tempat tidur, meja tulis dan buku-bukunya.

9. Ia hendaklah mengutamakan menerima pelajaran terus dari guru-gurunya dan jangan tidak hadir kelas kecuali berlaku keuzuran yang kuat. Fikirannya hendaklah sentiasa sedar (memberi tumpuan) ketika mengikuti pengajaran guru, tidak terganggu dengan urusan yang lain, kerana jika ajaran guru itu dapat dikuasainya ini akan dapat menolongnya. Banyak perbezaan yang ia alami jika ia tidak hadir kelas atau tidak mengambil berat kuliah guru, tentunya ada di sesetengah tempat yang kurang jelas atau tidak faham betul. Lebih baik lagi jika ia dapat membaca pelajarannya itu sebelum disyarahkan oleh gurunya. Ini akan memberi penguasaan yang baik dan dapat memberi tumpuan pada aspek pelajaran yang ia kurang faham.

10. Ia hendaklah tahu bahawa kebanyakan pelajaran itu ada hubungan antara satu sama lain. Kebiasaannya sesuatu pelajan itu sukar difahami jika pelajaran yang sebelumnya tidak difahami lagi. Oleh itu jangan ada pelajaran yang tidak difahami. Kalau ini berlaku maka cepat-cepatlah pergi berjumpa kepada guru-guru atau kawan-kawannya.

11. Untuk memudahkan baginya menguasai seluruh pelajarannya di akhir tahun maka ia perlu membuat ringkasan bagi setiap bab dan isi-isi yang pokok dan yang cabangnya dengan menggunakan perkataan yang mudah difahami. Dibuat rajah yang besar bagi setiap mata pelajaran, dan diingatkannya baik-baik, manakala huraiannya adalah sebagai isinya yang menutup rangka yang kasar itu. Setiap isi itu akan melekat di atas rangkanya. Jika tidak ada rangka yang kasar itu isi-isi itu akan bercampur baur sesama sendiri menyebabkan badan manusia tidak terbentuk. Hendaklah meyakinkan diri sendiri bahawa percubaan ini adalah percubaan yang berjaya.

12. Pelajar Muslim contoh adalah berusaha supaya dapat menguasai pelajarannya dan mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan mengatasi pelajar lain. Ini merupakajn perkara yang dituntut dan satu kewajipan yang akan menggembirakan kedua ibu bapanya. Ia juga membuktikan bahawa usahanya untuk menjadi Muslim yang sebenar tidak sekali-kali mengganggu pelajarannya bahkan mendorongnya mengatasi kawan-kawan yang lain.

13. Ia hendaklah mencungkil bakatnya di dalam bidang yang boleh memberi manfaat dan memperingatkan rakan-rakannya supaya memupuk bakat itu untuk digunakan bagi kebaikan Islam. Ia juga hendaklah meminta nasihat ketika hendak memilih bidang pengkhususan bagi faedah kepada Islam.

14. Pelajar Muslim hendaklah sentiasa dalam keadaan zikrullah dan meminta perlindungan dari godaan syaitan. Segala amalan, belajar, menjawab dalam peperiksaan hendaklah dimulakan dengan nama Allah dan memohon pertolongan dari Allah. Ia hendaklah menunaikan kewajipan terhadap pelajaran dan mengulangkaji, kemudian bertawakkal kepada Allah, memulakan peperiksaan dengan hati yang tandus, menerima keputusan iaitu dengan mengucap Bismillah dan bersyukur kepada Allah sekiranya berjaya dan kembalikan segalanya itu kepada Allah atas pertolongan dan taufikNya.Jika sebaliknya, jangan sempitkan perasaan dan jangan berdukacita dan katakana ini adalah ketentuan Allah dan apa yang Allah kehendaki. Ia boleh lakukannya dan akan berusaha lagi dengan penuh keazaman dan ketenangan.
15. Pelajar perempuan Islam juga hendaklah berpegang dengan apa yang telah ditentukan oleh Islam iaitu hendaklah ia menjaga sifat kewanitaannya dan berpegang teguh dengan adab-adab Islam seperti pakaian Islam yang sempurna dari segi rupa bentuknya dan menjauhkan apa yang di larang dari berbagai jenis perhiasan yang dilarang. Ia hendaklah menjaga dirinya dari tempat yang menimbulkan keraguan dan percampuran, mengangkat suara tinggi, ketawa kuat dan lain-lain sifat yang tidak layak bagi pelajar Islam contoh. Ia hendaklah berpegang dengan adab malu, bijak dalam memilih kawan perempuan serta mendalami masalah agama terutama yang berhubung dengan perempuan. Ia hendaklah melaksanakan peranannya dalam menjadi contoh sebagai pelajar muslimah yang sebenarnya kepada kawan-kawannya.

Thursday 26 May 2011

Tips Diet di Kolej / Universiti

Entri kali ni ditujukan khas buat mereka yang masih menuntut di IPTA / IPTS, tidak kira di mana saja anda berada, sama ada dalam negara atau luar negara. Mungkin ramai yang mempunyai azam tahun baru yang berbunyi
“Tahun ini, aku nak menurunkan berat badan sehingga berkilo-kilo banyaknya,”
Tetapi memikirkan faktor dana kewangan seorang pelajar yang mengalahkan pepatah “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”, mungkin ramai yang mencari jalan mudah dengan tidak bersarapan, tidak makan malam, dan hanya makan sekali sahaja di waktu tengahari.
Itulah sarapan mereka, itulah makan tengahari mereka, itulah makan malam mereka, 3-in-1 bak kata Nescafe. Itu kalau yang perempuan, dan cara ini mungkin tidak praktikal kepada kaum adam kerana kehendak metabolisma mereka lebih tinggi. Mereka mungkin cenderung untuk mencari mee segera untuk dijadikan pengganti nasi. Kadang-kadang sampai 3-5 bungkus dihabiskan dalam satu hari. Itu normal.
Oleh yang demikian, apakah cara mudah untuk menurunkan berat badan menerusi diet di Kolej / Universiti? Ikuti tips diet survival di asrama / kolej / universiti berikut:
.
1 – Tapau untuk jimat
Untuk mereka yang menetap di asrama / kolej, daripada anda makan sekali sahaja sehari, apa kata dibahagikan ‘makan yang sekali’ itu kepada beberapa kali (contohnya makan ketika 12pm, 3pm, 6pm). Makan sedikit-sedikit tetapi kerap akan meningkatkan kadar metabolisma. Apabila metabolisma meningkat, maka proses pembakaran lemak juga akan menjadi sedikit mudah. Dan untuk memudahkan anda mempraktikkan teknik ini, anda tiada cara lain melainkan anda perlu tapau makanan yang dibeli untuk dimakan dalam bilik.
Dengan cara ini, diet anda akan menjadi lebih teratur, kurang tekanan, dan tiada lagi istilah “skipping meal”, kerana skipping meal itu bukan sahaja membuatkan anda terpaksa berlapar, tetapi ia merendahkan kadar metabolisma. Bila kadar metabolisma menurun, nanti berat pun susah nak turun.
.
2 – Kurangkan, atau berhenti terus dari membeli air manis
Ini merupakan FAKTOR UTAMA mengapa berat badan anda naik mendadak ketika masuk ke alam Universiti. Air manis terdapat di mana-mana, dan boleh didapati dalam pelbagai jenis dengan harga yang murah. Pagi pun air manis, makan tengari pun air manis, makan malam pun kena minum air manis. Walhal sebelum masuk asrama (di rumah), tabiat meminum air manis mungkin tidak sekencang ini.
Secara purata, dalam segelas / sebungkus air manis terdapat sekurang-kurangnya 100kcal yang hadir hanya menerusi gula. Dan bayangkan pula jika anda membeli air manis sehingga 3 kali sehari, bukankah itu sudah bersamaan dengan sekurang-kurangnya 300kcal?
Tahukah anda, untuk membakar 1kg lemak sahaja memerlukan 7700kcal? Sekiranya anda mempraktikkan tip ini hanya dalam masa sebulan, maka secara teorinya anda sudah membenarkan pintu pembakaran lemak sebanyak: 300kcal x 30 = 9000kcal / 7700kcal = 1.17kg!
Maka dengan itu, hentikan tabiat kerap minum air manis dan gantikan dengan air kosong yang boleh didapati di water cooler (air kosong = 0 kcal = 0 sen).

Berpantang dari minum air manis, jika anda benar-benar serius mahu menurunkan berat badan..
.
3 – Gantikan kudapan dengan sesuatu setara yang lebih berkualiti
Duit yang ada jangan dibazirkan dengan membeli makanan yang kurang berkualiti. Daripada membelanjakan wang sebanyak RM3 untuk membeli sebungkus mee segera (5 paket), baik digunakan wang tersebut untuk membeli roti gandum penuh (seperti Gardenia) yang bernilai RM3 juga. Daripada membeli snek / keropok yang berharga sekitar RM2, baik digunakan wang tersebut untuk membeli snek yang lebih berkualiti seperti sumber kekacang.
Perlu diingatkan jika membeli kekacang seperti kacang tanah, eloklah diteliti dahulu kandungan minyak yang hadir dari sumber luar, seperti minyak sawit (olein) atau minyak sayuran. Teliti label, atau lihat rupa fizikal kacang tersebut. Pilih yang kurang berminyak.
Komen SS: Dengan mengamalkan tips diet ini, anda bukan sahaja boleh berjimat, tetapi menjadi lebih sihat. Dan jangan lupa beriadah juga ya, nak kurus kurus juga, kesihatan jantung kita kena jaga juga. Selamat mencuba, salam “good luck” dari SS untuk anda ;)

Sunday 22 May 2011

SELAMAT TINGGAL DEKAD 10

Assalamualaikum sume,semoga sihat selalu,ape aktiviti korang sepanjang hari ini,haaa tidak lain tidak bukan,membute la kan hahahahahaha,oklah sje nak nyakat sume malam ni,apa yang penting hari ini merupakan hari yang terakhir dalam dekad yang pertama ni,ape yang aku dapat sepanjang dekad mestilah banyak,dari sekolah rendah hingga sekarang aku kat Politeknik ni,banyak bende yang aku belajar untuk menjadikan aku seorang yang matang,pelbagai cabaran dan rintangan yang dihadapi untuk menjadi seorang yang dewasa.Kenangan paling sedih sepanjang  dekad ini ialah pemergian insan2 yang tersayang ke rahmatullah seperti Arwah nenek dan pakcik sebelah ayah aku,arwah datuk sebelah mak aku dan tidak lupe juga adik lelaki ku yang tercinta telah meninggal dunia disaat nak amik SPM akibat komplikasi kemalangan,tinggal aku dan ayah aku sebagai lelaki di dalam keluarga sekarang dan yang paling berat pasti aku lak sebab nak pimpin adik2 perempuanku yang masih bersekolah,nak buat cmne dah takdir dari tuhan kite kenalah ikut,walau apa pun kena teruskan hidup ni selagi diizinkan oleh Allah S.W.T. ape azam ku untuk dekad yang baru ni,hehehehe,biasalah aku ingin menjadi dewasa yang berjaya dalam hidup dan lebih bekerjaya dan dapat mendirikan rumah tangga sebelum umur 30 tahun amboi gatalnye aku,hahahahaha dan yang penting dapat membalas jasa kedua ibubapaku yang banyak berkorban untuk aku,oklah jumpe lagi untuk entri seterusnye,Assalamualaikum.