Sunday, 22 May 2011
SELAMAT TINGGAL DEKAD 10
Assalamualaikum sume,semoga sihat selalu,ape aktiviti korang sepanjang hari ini,haaa tidak lain tidak bukan,membute la kan hahahahahaha,oklah sje nak nyakat sume malam ni,apa yang penting hari ini merupakan hari yang terakhir dalam dekad yang pertama ni,ape yang aku dapat sepanjang dekad mestilah banyak,dari sekolah rendah hingga sekarang aku kat Politeknik ni,banyak bende yang aku belajar untuk menjadikan aku seorang yang matang,pelbagai cabaran dan rintangan yang dihadapi untuk menjadi seorang yang dewasa.Kenangan paling sedih sepanjang dekad ini ialah pemergian insan2 yang tersayang ke rahmatullah seperti Arwah nenek dan pakcik sebelah ayah aku,arwah datuk sebelah mak aku dan tidak lupe juga adik lelaki ku yang tercinta telah meninggal dunia disaat nak amik SPM akibat komplikasi kemalangan,tinggal aku dan ayah aku sebagai lelaki di dalam keluarga sekarang dan yang paling berat pasti aku lak sebab nak pimpin adik2 perempuanku yang masih bersekolah,nak buat cmne dah takdir dari tuhan kite kenalah ikut,walau apa pun kena teruskan hidup ni selagi diizinkan oleh Allah S.W.T. ape azam ku untuk dekad yang baru ni,hehehehe,biasalah aku ingin menjadi dewasa yang berjaya dalam hidup dan lebih bekerjaya dan dapat mendirikan rumah tangga sebelum umur 30 tahun amboi gatalnye aku,hahahahaha dan yang penting dapat membalas jasa kedua ibubapaku yang banyak berkorban untuk aku,oklah jumpe lagi untuk entri seterusnye,Assalamualaikum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment