Friday, 27 May 2011

Ciri-ciri Pelajar Muslim Contoh

Institusi pendidikan diadakan kerana adanya pelajar manakala guru-guru menjalankan tugasnya untuk menyediakan manusia yang dapat membangunkan tanah air. Dengan itu perlu kita menunjukkan contoh yang baik kepada pelajar muslim sebagai ikutan kepada pelajar-pelajar yang lain. Begitu juga dengan pelajar perempuan kerana pelajar perempuan merupakanj sebahagian daripada masyarakat dan mempunyai peranannya yang penting dalam membentuk generasi dan menegakkan keluarga Islam bagi membina masyarakat dan Negara Islam.

Ciri-ciri Pelajar Muslim Contoh

1. Membetulkan niat. Di kalangan kebanyakan pelajar, tujuan belajar ialah untuk mendapatkan sijil yang dengannya ia boleh memegang jawatan dan dapat menyara hidup. Tetapi yang Islam kehendaki supaya niat ia belajar ialah untuk memberikan sumbangan terhadap Islam, Orang-orang Islam dan menegakkan negara Islam serta mengisi ruang kekosongan yang diperlukan oleh Islam kerana Islam menggalakkan kita supaya menuntut ilmu dan melaksanakan kewajipan menjadi khalifah di muka bumi dan memakmurkannya dengan kuasa-kuasa yang Allah sediakan di dalamnya.Niat yang begini akan menjadikan belajar itu salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah dan akan diberi pahala atas segala usaha, masa dan harta yang digunakan itu supaya pelajar mengetahui yang mengasas dan mencipta ilmu-ilmu ialah ulama Islam. Oleh itu kita perlu berusaha supaya dapat mengeluarkan ahli-ahli yang pakar di dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan.

2. Pelajar Muslim juga hendaklah membetulkan pandangannya kepada pelajaran dan ia bukan semata-mata penguasaan akal tentang maklumat-maklumat yang perlu dipenuhkan di dalam otak untuk menjawab di dalam peperiksaan di akhir tahun, tetapi yang dikehendaki ialah dapat menyediakan peribadi terpelajar yang membina ilmunya, boleh memberikan faedah kepada kehidupan manusia, dan ia hendaklah mengetahui tentang sejauh mana hubungan apa yang dipelajarinya dengan kehidupan. Pelajar Islam juga perlu tahu bahawa pendidikan akhlak adalah perlu didahulukan dari ilmu pengetahuan yang lain, dan di sana tidak ada yang lebih utama dari ajaran Islam dan adab-adabnya untuk melaksanakan pendidikan. Mereka juga hendaklah mengetahui adab-adab Islam dan ajaran-ajarannya dan memaksakan dirinya untuk mengetahuinya, membiasakan diri dengan sifat benar, amanah, menunaikan janji, berlemah lembut dan segala akhlak Islam dan menjauhkan diri dari akhlak yang dikeji. Dan yang paling nyata sekali ialah perkara yang mesti ditunaikannya terutamanya sembahyang, berbuat baik terhadap dua ibu bapa, berbaik-baik hubungan dengan keluarga dan kawan-kawannya.

3. Pelajar Muslim contoh hendaklah pandai memilih kawan dai kalangan kawan-kawannya. Ia seterusnya memilih kawan yang soleh dan tidak berkawan dengan orang yang jahat. Perhubungannya hendaklah sederhana dan dapat dikawal; jangan sampai membuang masa pelajarannya.
pelajar3

4. Ia juga pandai dalam memilih majalah-majalah untuk merehatkan fikirannya. Pilih yang bersih dan berfaedah dan jauhkan dari yang merosakkan dan dosa.

5. Ia hendaklah memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap pelajaran kerana masa umurnya yang begitu adalah umur untuk belajar dan membentuk peribadi. Masa itu hendaklah dihabiskannya dengan sebaik-baiknya untuk pelajarannya supaya selepas itu dia dapat menumpukan pula kewajipan-kewajipannya selepas belajar.

6. Urusan rumah, sekolah atau kuliah, di meja dan tempat tidur hendaklah teratur rapi. Tempat letak pakaian, buku-buku dan nota-nota kuliah mestilah teratur supaya tidak membuang masa untuk mencarinya bila diperlukan. Pelajar yang tidak sistematik akan menyebabkan pemikirannya juga tidak tenteram dan membuang masa dan tenaga untuk mencari alat-alat yang diperlukannya.

7. Masa hendaklah disusun dengan baik sama ada masa untuk belajar, mengulangkaji, tidur dan berusaha untuk mengikut waktu yang ditetapkan itu. Jangan tinggalkan masa itu dipengaruhi oleh keadaan dan urusan-urusan lain, alat sebaran dan lain-lain keadaan yang menghabiskan masa. Sembahyang hendaklah ditunaikan apabila masuk sahaja waktunya, kerana menunaikan sembahyang adalah sebagai memperbaharui tenaga dan memohon pertolongan dari Allah. Perlu diingatkan bahawa jangan gunakan waktu tidur untuk belajar dan waktu belajar untuk tidur. Ramai pelajar yang tidak mengambil berat terhadap pelajarannya di awal pelajaran dan masa di buang begitu sahaja, mereka menggantikan masa yang dibuangnya itu di akhir tahun dengan berjaga sepanjang malam. Ini adalah satu kesalahan yang besar bagi pelajar Muslim contoh dan patut dijauhinya. Waktunya hendaklah disusun sejak dari awal pembelajaran lagi secara sederhana kerana dengan secara paksa akan menyebabkan kegagalan.

8. Pelajar Muslim contoh hendaklah membiasakan diri dengan kebersihan dimulai dengan pembersihan dalaman, pembersihan hati dari dendam dan hasad, pemarah dan takabbur, terpedaya dan setiap yang dimurkai oleh Allah. Hatinya hendaklah dipenuhi dengan sifat taqwa, kasih saying, ikhlas, bersih hati, bertawadu’ dan setiap yang diredhai oleh Allah. Setelah itu hendaklah dijaga kebersihan badan, pakaian, tempat tidur, meja tulis dan buku-bukunya.

9. Ia hendaklah mengutamakan menerima pelajaran terus dari guru-gurunya dan jangan tidak hadir kelas kecuali berlaku keuzuran yang kuat. Fikirannya hendaklah sentiasa sedar (memberi tumpuan) ketika mengikuti pengajaran guru, tidak terganggu dengan urusan yang lain, kerana jika ajaran guru itu dapat dikuasainya ini akan dapat menolongnya. Banyak perbezaan yang ia alami jika ia tidak hadir kelas atau tidak mengambil berat kuliah guru, tentunya ada di sesetengah tempat yang kurang jelas atau tidak faham betul. Lebih baik lagi jika ia dapat membaca pelajarannya itu sebelum disyarahkan oleh gurunya. Ini akan memberi penguasaan yang baik dan dapat memberi tumpuan pada aspek pelajaran yang ia kurang faham.

10. Ia hendaklah tahu bahawa kebanyakan pelajaran itu ada hubungan antara satu sama lain. Kebiasaannya sesuatu pelajan itu sukar difahami jika pelajaran yang sebelumnya tidak difahami lagi. Oleh itu jangan ada pelajaran yang tidak difahami. Kalau ini berlaku maka cepat-cepatlah pergi berjumpa kepada guru-guru atau kawan-kawannya.

11. Untuk memudahkan baginya menguasai seluruh pelajarannya di akhir tahun maka ia perlu membuat ringkasan bagi setiap bab dan isi-isi yang pokok dan yang cabangnya dengan menggunakan perkataan yang mudah difahami. Dibuat rajah yang besar bagi setiap mata pelajaran, dan diingatkannya baik-baik, manakala huraiannya adalah sebagai isinya yang menutup rangka yang kasar itu. Setiap isi itu akan melekat di atas rangkanya. Jika tidak ada rangka yang kasar itu isi-isi itu akan bercampur baur sesama sendiri menyebabkan badan manusia tidak terbentuk. Hendaklah meyakinkan diri sendiri bahawa percubaan ini adalah percubaan yang berjaya.

12. Pelajar Muslim contoh adalah berusaha supaya dapat menguasai pelajarannya dan mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan mengatasi pelajar lain. Ini merupakajn perkara yang dituntut dan satu kewajipan yang akan menggembirakan kedua ibu bapanya. Ia juga membuktikan bahawa usahanya untuk menjadi Muslim yang sebenar tidak sekali-kali mengganggu pelajarannya bahkan mendorongnya mengatasi kawan-kawan yang lain.

13. Ia hendaklah mencungkil bakatnya di dalam bidang yang boleh memberi manfaat dan memperingatkan rakan-rakannya supaya memupuk bakat itu untuk digunakan bagi kebaikan Islam. Ia juga hendaklah meminta nasihat ketika hendak memilih bidang pengkhususan bagi faedah kepada Islam.

14. Pelajar Muslim hendaklah sentiasa dalam keadaan zikrullah dan meminta perlindungan dari godaan syaitan. Segala amalan, belajar, menjawab dalam peperiksaan hendaklah dimulakan dengan nama Allah dan memohon pertolongan dari Allah. Ia hendaklah menunaikan kewajipan terhadap pelajaran dan mengulangkaji, kemudian bertawakkal kepada Allah, memulakan peperiksaan dengan hati yang tandus, menerima keputusan iaitu dengan mengucap Bismillah dan bersyukur kepada Allah sekiranya berjaya dan kembalikan segalanya itu kepada Allah atas pertolongan dan taufikNya.Jika sebaliknya, jangan sempitkan perasaan dan jangan berdukacita dan katakana ini adalah ketentuan Allah dan apa yang Allah kehendaki. Ia boleh lakukannya dan akan berusaha lagi dengan penuh keazaman dan ketenangan.
15. Pelajar perempuan Islam juga hendaklah berpegang dengan apa yang telah ditentukan oleh Islam iaitu hendaklah ia menjaga sifat kewanitaannya dan berpegang teguh dengan adab-adab Islam seperti pakaian Islam yang sempurna dari segi rupa bentuknya dan menjauhkan apa yang di larang dari berbagai jenis perhiasan yang dilarang. Ia hendaklah menjaga dirinya dari tempat yang menimbulkan keraguan dan percampuran, mengangkat suara tinggi, ketawa kuat dan lain-lain sifat yang tidak layak bagi pelajar Islam contoh. Ia hendaklah berpegang dengan adab malu, bijak dalam memilih kawan perempuan serta mendalami masalah agama terutama yang berhubung dengan perempuan. Ia hendaklah melaksanakan peranannya dalam menjadi contoh sebagai pelajar muslimah yang sebenarnya kepada kawan-kawannya.

Thursday, 26 May 2011

Tips Diet di Kolej / Universiti

Entri kali ni ditujukan khas buat mereka yang masih menuntut di IPTA / IPTS, tidak kira di mana saja anda berada, sama ada dalam negara atau luar negara. Mungkin ramai yang mempunyai azam tahun baru yang berbunyi
“Tahun ini, aku nak menurunkan berat badan sehingga berkilo-kilo banyaknya,”
Tetapi memikirkan faktor dana kewangan seorang pelajar yang mengalahkan pepatah “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”, mungkin ramai yang mencari jalan mudah dengan tidak bersarapan, tidak makan malam, dan hanya makan sekali sahaja di waktu tengahari.
Itulah sarapan mereka, itulah makan tengahari mereka, itulah makan malam mereka, 3-in-1 bak kata Nescafe. Itu kalau yang perempuan, dan cara ini mungkin tidak praktikal kepada kaum adam kerana kehendak metabolisma mereka lebih tinggi. Mereka mungkin cenderung untuk mencari mee segera untuk dijadikan pengganti nasi. Kadang-kadang sampai 3-5 bungkus dihabiskan dalam satu hari. Itu normal.
Oleh yang demikian, apakah cara mudah untuk menurunkan berat badan menerusi diet di Kolej / Universiti? Ikuti tips diet survival di asrama / kolej / universiti berikut:
.
1 – Tapau untuk jimat
Untuk mereka yang menetap di asrama / kolej, daripada anda makan sekali sahaja sehari, apa kata dibahagikan ‘makan yang sekali’ itu kepada beberapa kali (contohnya makan ketika 12pm, 3pm, 6pm). Makan sedikit-sedikit tetapi kerap akan meningkatkan kadar metabolisma. Apabila metabolisma meningkat, maka proses pembakaran lemak juga akan menjadi sedikit mudah. Dan untuk memudahkan anda mempraktikkan teknik ini, anda tiada cara lain melainkan anda perlu tapau makanan yang dibeli untuk dimakan dalam bilik.
Dengan cara ini, diet anda akan menjadi lebih teratur, kurang tekanan, dan tiada lagi istilah “skipping meal”, kerana skipping meal itu bukan sahaja membuatkan anda terpaksa berlapar, tetapi ia merendahkan kadar metabolisma. Bila kadar metabolisma menurun, nanti berat pun susah nak turun.
.
2 – Kurangkan, atau berhenti terus dari membeli air manis
Ini merupakan FAKTOR UTAMA mengapa berat badan anda naik mendadak ketika masuk ke alam Universiti. Air manis terdapat di mana-mana, dan boleh didapati dalam pelbagai jenis dengan harga yang murah. Pagi pun air manis, makan tengari pun air manis, makan malam pun kena minum air manis. Walhal sebelum masuk asrama (di rumah), tabiat meminum air manis mungkin tidak sekencang ini.
Secara purata, dalam segelas / sebungkus air manis terdapat sekurang-kurangnya 100kcal yang hadir hanya menerusi gula. Dan bayangkan pula jika anda membeli air manis sehingga 3 kali sehari, bukankah itu sudah bersamaan dengan sekurang-kurangnya 300kcal?
Tahukah anda, untuk membakar 1kg lemak sahaja memerlukan 7700kcal? Sekiranya anda mempraktikkan tip ini hanya dalam masa sebulan, maka secara teorinya anda sudah membenarkan pintu pembakaran lemak sebanyak: 300kcal x 30 = 9000kcal / 7700kcal = 1.17kg!
Maka dengan itu, hentikan tabiat kerap minum air manis dan gantikan dengan air kosong yang boleh didapati di water cooler (air kosong = 0 kcal = 0 sen).

Berpantang dari minum air manis, jika anda benar-benar serius mahu menurunkan berat badan..
.
3 – Gantikan kudapan dengan sesuatu setara yang lebih berkualiti
Duit yang ada jangan dibazirkan dengan membeli makanan yang kurang berkualiti. Daripada membelanjakan wang sebanyak RM3 untuk membeli sebungkus mee segera (5 paket), baik digunakan wang tersebut untuk membeli roti gandum penuh (seperti Gardenia) yang bernilai RM3 juga. Daripada membeli snek / keropok yang berharga sekitar RM2, baik digunakan wang tersebut untuk membeli snek yang lebih berkualiti seperti sumber kekacang.
Perlu diingatkan jika membeli kekacang seperti kacang tanah, eloklah diteliti dahulu kandungan minyak yang hadir dari sumber luar, seperti minyak sawit (olein) atau minyak sayuran. Teliti label, atau lihat rupa fizikal kacang tersebut. Pilih yang kurang berminyak.
Komen SS: Dengan mengamalkan tips diet ini, anda bukan sahaja boleh berjimat, tetapi menjadi lebih sihat. Dan jangan lupa beriadah juga ya, nak kurus kurus juga, kesihatan jantung kita kena jaga juga. Selamat mencuba, salam “good luck” dari SS untuk anda ;)

Sunday, 22 May 2011

SELAMAT TINGGAL DEKAD 10

Assalamualaikum sume,semoga sihat selalu,ape aktiviti korang sepanjang hari ini,haaa tidak lain tidak bukan,membute la kan hahahahahaha,oklah sje nak nyakat sume malam ni,apa yang penting hari ini merupakan hari yang terakhir dalam dekad yang pertama ni,ape yang aku dapat sepanjang dekad mestilah banyak,dari sekolah rendah hingga sekarang aku kat Politeknik ni,banyak bende yang aku belajar untuk menjadikan aku seorang yang matang,pelbagai cabaran dan rintangan yang dihadapi untuk menjadi seorang yang dewasa.Kenangan paling sedih sepanjang  dekad ini ialah pemergian insan2 yang tersayang ke rahmatullah seperti Arwah nenek dan pakcik sebelah ayah aku,arwah datuk sebelah mak aku dan tidak lupe juga adik lelaki ku yang tercinta telah meninggal dunia disaat nak amik SPM akibat komplikasi kemalangan,tinggal aku dan ayah aku sebagai lelaki di dalam keluarga sekarang dan yang paling berat pasti aku lak sebab nak pimpin adik2 perempuanku yang masih bersekolah,nak buat cmne dah takdir dari tuhan kite kenalah ikut,walau apa pun kena teruskan hidup ni selagi diizinkan oleh Allah S.W.T. ape azam ku untuk dekad yang baru ni,hehehehe,biasalah aku ingin menjadi dewasa yang berjaya dalam hidup dan lebih bekerjaya dan dapat mendirikan rumah tangga sebelum umur 30 tahun amboi gatalnye aku,hahahahaha dan yang penting dapat membalas jasa kedua ibubapaku yang banyak berkorban untuk aku,oklah jumpe lagi untuk entri seterusnye,Assalamualaikum.




Saturday, 21 May 2011

BLOG YANG BARU

Assalamualaikum kawan,selamat pagi,hmm kali ni saje je nak post entri ni kat blog saya sebab saya baru saje selesai membina blog ,yang ni blog saya yang kedua sebab blog pertama saya mengalami masalah teknikal yang xdapat dielakkan jadi alih2 saya buat blog yang baru,itupun nak tunggu mood saya buat blog sampai,berapa lama ye,hmm xpastilah yang penting sempurna jgk blog saya walaupun bese2 je,ok see you next time

KELAS GANTI

Assalamualaikum sume,sihat ke,harap2 sihatlah kan,oklah aktiviti ari ni macam beselah tiba tiba ade kelas english communication,kelas ganti plak tu,hisyh baru rase nak cuti and nak rehat tp xpelah ilmu sape xnak kan ,aku xnak  repeat lagi paper ni,malu aku,so apa yang aku dapat ari ni mestilah pasal oral test yang nak dibentangkan xlame lagi,macam-macam tips yang madam bagi jadi dapat memudahkan lagi oral test nanti,minggu ni sekali lagi xbalik sebab nak buat keje sikit jadi minggu depan insyallah klau xde ape2 hal aku balikla,ok jumpe lagi untuk entri seterusnye,Assalamualaikum